Selangkah Ke Perpustakaan Sejuta Ilmu Pengetahuan

Friday 3 August 2012

Minggu PSS 2012

Sepanjang 23 Julai 2012 hingga 27 Julai 2012, pihak pengurusan PSS telah mengadakan Minggu Pusat Sumber bagi tahun 2012.  Majlis Pelancaran Minggu PSS telah diadakan pada hari Isnin 23 Julai 2012 dan dimulai dengan bacaan surah Al Alaq oleh Saudara Mohd Taufik (3KAA) diikuti dengan terjemahannya oleh Saudara Richie Abdullah (4Sains 2). Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat Minggu PSS oleh GPM, Puan Zuriana binti Muhamad yang menyatakan antara lainnya objektif pihak pengurusan mengadakan Minggu PSS dan mengumumkan senarai aktiviti yang dirancang agar para pelajar dapat bersama-sama melibatkan diri secara aktif dan berusaha merebut peluang-peluang yang disediakan bagi menambah ilmu di samping menyerlahkan bakat dan kreativiti pelajar. Bagi menyempurnakan majlis ini,  Encik Zokronain bin Abdullah, Tuan Pengetua SMKSA mengambil tempat bagi menyampaikan ucapan perasmian.  Dalam ucapan beliau, beliau menekankan akan pentingnya penggunaan PSS dalam kalangan pelajar dan menyeru agar para pelajar dapat menggunakan PSS dengan sebaik-baiknya dalam membantu perkembangan P & P di sekolah.  Acara kemuncak ialah gimik pelancaran berupa ketibaan 'control car' bawah kawalan Encik Muhamad Fauzi bin Mansor yang membawa watikah pelancaran untuk diserahkan kepada Tuan Pengetua seterusnya pukulan gong bagi menandakan Minggu PSS 2012 bermula secara rasminya.









No comments:

Post a Comment