Selangkah Ke Perpustakaan Sejuta Ilmu Pengetahuan

Wednesday 11 July 2012

Gotong-royong Pengawas PSS






Bagi memupuk semangat kerjasama dan tenggungjawab dalam kalangan pengawas PSS, satu aktiviti gotong-royong telah diadakan melibatkan semua pengawas sessi pagi dan petang.  Di samping memastikan PSS sentiasa dalam keadaan teratur dan bersih, gotong-royong ini juga bertujuan agar semua ahli dapat mengenali antara satu sama lain.  Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.  Selesai mengemas, pengawas disediakan dengan jamuan ringan.  Semoga semangat kerjasama dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh setiap ahli dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment