Selangkah Ke Perpustakaan Sejuta Ilmu Pengetahuan

Saturday 28 July 2012

Kem Pengawas PSS








Bagi memupuk semangat kerjasama antara pengawas PSS, kem 1PSS telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan PSS pada 16 Jun 2012.  Antara lain kem ini bertujuan untuk mendidik dan memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pengawas-pengawas PSS di samping menyedari perlunya semua pengawas mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.  Kemesraan yang terjalin antara pengawas PSS diharapkan dapat memudahkan segala tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan agar sama-sama dapat meningkatkan kredibiliti dan imej PSS dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada warga SMKSA. Sebaik sahaja selesai pendaftaran, kem bermula seawal 7.30 pagi dengan slot 'Peka dan Prihatin' yang dikelolakan oleh guru kaunselor pelatih UPSI, Encik Muhamad Fauzi bin Mansor. Selepas menikmati sarapan pagi pada jam 9.15 pagi, kem diteruskan dengan permainan sukaneka.  Pelbagai permainan dijalankan bagi membentuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli pasukan. Kredit harus diberikan kepada saudara pengerusi pengawas PSS, Wong Koon Ying bersama-sama ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus merancang sebulan dari awal dan menjayakan sukaneka tersebut bawah pemantauan Puan Zuriana binti Muhamad selaku GPM.  Kem berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Majlis penyampaian hadiah dijalankan pada hari Isnin berikutnya, 18 Jun 2012 ketika perhimpunan rasmi sekolah. Yang pasti, semua pengawas PSS yang menyertai kem ini menunjukkan kepuasan dan terserlah kegembiraan pada wajah masing-masing.  Semoga kem seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment