Selangkah Ke Perpustakaan Sejuta Ilmu Pengetahuan

HOME

Selamat Datang ke Blog
Pusat Sumber Sekolah
SMK Seri Ampang, Ipoh.

   

VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat.


PIAGAM PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.  PSS dapat memberikan khidmat dengan kadar segera.
2.  PSS menyediakan tempat yang kondusif untuk belajar.
3.  PSS sentiasa menyediakan bahan yang terkini untuk pelajar.
4.  PSS sebagai pusat teknologi maklumat. 


MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.  Meningkat mutu pendidikan di sekolah.
2.  Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin bagi membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.
3.  Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin bagi membentuk sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif. 
4.  Mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teknologi maklumat dengan penggunaan komputer.



OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.  Menyediakan sumber-sumber bagi kegunaan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah.
2.  Menyediakan guru-guru tempat untuk merancang dan menghasilkan sumber-sumber untuk pengajaran dan pembelajarn.
3.  Meningkatkan profesionalisme guru. 
4.  Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis meklumat.
5.  Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
6.  Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.
7.  Menyediakan tempat yang kondusif untuk pelajar belajar dan mengulangkaji.



No comments:

Post a Comment