Nadi
Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di
sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Majlis
Pelancaran NILAM 2012 Peringkat Sekolah telah diadakan 20 Februari 2012 jam
7.30 pagi di Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. Majlis
bermula dengan Taklimat NILAM oleh Guru Pusat Sumber Sekolah iaitu Puan
Zuriana binti Muhamad. Seterusnya, gimik pelancaran
telah disempurnakan oleh Encik Zokronain bin Abdullah, Tuan Pengetua
SMK Seri Ampang. Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan amalan membaca
dalam kalangan pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai
banyak ilmu pengetahuan yang pastinya dapat melahirkan generasi yang
berkualiti pada masa akan datang. Kemuncak majlis merupakan pemberian
Anugerah Tokoh Membaca bagi pelajar yang paling banyak membaca bagi Tahun
2011 iaitu Hazirah binti Mustafa Kamil Azmee, pelajar 5 Sains 1. Beliau menerima hadiah berupa sebuah
basikal Raleigh bagi menghargai usaha beliau di samping bertujuan untuk
memotivasikan pelajar-pelajar lain agar menjadikan tabiat membaca sebagai
rutin harian mereka.
|
Selangkah Ke Perpustakaan Sejuta Ilmu Pengetahuan
Saturday, 16 June 2012
Majlis Pelancaran NILAM 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment